Wednesday, November 3, 2010

Commercialization of LIPOS

Majlis mendatangani Memorendum persefahaman antara SIRIM Berhad dan Rohas Euco Industries Berhad yang berlangsung di Bangunan 5, SIRIM Berhad pada 2 November 2010, membuka lembaran baru bagi R&D Lithium-ion Polymer Battery di SIRIM Bhd khususnya dan Malaysia amnya. SIRIM Berhad, sebagai institusi penyelidikan perindustrian terulung di Malaysia, terlibat dalam penyelidikan Lithium-ion polymer bateri, seawal 1994. Pada peringkat awalnya R&D Li-ion Polymer bateri di SIRIM Berhad hanyalah tertumpu kepada kajian bahan electrolyte.

Dalam masa yang sama, SIRIM Berhad telah membangun prasarana penyelidikan dalam bidang ini dengan memajukan kepakaran para penyelidik dan juga kemudahan peralatan penyelidikan yang bertaraf industri.

Pada masa ini, R&D dalam bidang Li-ion Polymer bateri di SIRIM Berhad meliputi kajian komponen bahan (katod, anode dan elektrolit), kajian performance prototype (untuk low power aplikasi seperti mobile phone, PDA, Laptop dan high power aplikasi seperti LEV, HEV, EV dan UPS untuk pelbagai kegunaan) dan juga kajian proses penghasilan produk.

Pakej teknologi yang ditawarkan oleh SIRIM Berhad dalam bidang ini telah menarik rakan industri, Rohas Euco Industries Berhad untuk bekerjasama bagi mengkomersilkan produk ini. Diharapkan melalui kerjasama ini, SIRIM dapat menyumbang kemajuan teknologi negara dalam era "green technologi" ini.















No comments: